Friday, December 23, 2011

lughoh amiyyah dalam kecemasan


Sebagai langkah penjagaan diri, berikut merupakan beberapa perkataan penting yang boleh digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan semasa berada di luar:

1. حرامي/Haraami!! - Pencuri!!

2. ساعدني/Saa'edni!! - Tolong aku!!

3. هو مسح جسدي/Howwa masah gasadii!! - Dia telah pegang tubuh badan aku.

4. حرام عليك/Haraam 'aleiik!! - Haram ke atas kamu!!

5. إبعد عني/Ib'aad 'anni!! - Jauhkan diri daripada aku.

6. إحفظ/Ihfaz!! - Jaga-jaga.

7. بلطجية هنا/Balthojiyya hena!! - Samseng di sini!!

8. خلي بالك/Khalli baalak!! - Ambil perhatian!

9. أنا في الخطير /Ana fil khatir!! - Aku dalam keadaan bahaya!!

10. إحتراس/Ihtiras/ihtaris!! - Berwaspada.

11. لا تزعجها/Laa taz'ajha - Jangan kamu ganggu dia.

12. ده عيب, انت عرف ولا يه/Dah 'eeiib!! Enta 'aarif walla eih!! - Ini aib, kau tahu atau tidak! dikongsikan daripada blog http://lentiformnucleus.blogspot.com/search?updated-max=2011-12-07T17:58:00%2B02:00&max-results=2

Saturday, December 3, 2011

hidup mesti cekal

assalamualaikum buat pembaca sekalian,
hari ni saya ingin berkongsi pasal hidup sehari2 dimana2 pun tidak boleh lari daripada norma2 kehidupan normal.Ianya bagaikan isi dengan kuku, tidak boleh dipisahkan dan diganti dengan benda lain. Seperti juga kehidupan bermastautin dinegara asing, pelbagai dugaan dan cubaan muncul dalam menghadapai hidup yg semakin sukar kian hari ini. Minggu lepas saya ada terbaca hidup adalah untuk berusaha, dan tanpa usaha sia2 lah hidup seseorang. Kehidupan tahun 3 agak mencabar disini, kerana tiap2 minggu pasti ada exam untuk menilai pencapaian pelajar2.Tidak dikecualikan saya juga terlibat dengan pelbagai aktiviti yg dianjurkan persatuan2 disini. Baru 2 bulan lebih meninggalkan malaysia rasa sudah rindu dengan masakan ibu yg tiada tolok bandinganya, minggu depan ada exam lagi exam pasal ubat paharmacology.Rasanya terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita dan rasa rugi sedikit kerana masih lagi ditakuk lama. Minggu depan adalah hari yg istimewa bg diri sendiri.

masalah yg ditempuhi tempoh hari:
1.masalah dalam perjalanan ke hurghada dan luxor aswan.
2.laptop pulak buat hal, rosak.
3.exam around da corner
4.rasa serabut dah,apabila masalah bertimbun.
5.tumpuan dalam kelas merudum jatuh.
benda baiknya yg kena ambil dari sini ialah, satu kalo nak berjalan sangat guna khidmat ustaz yang bawa kete...untuk pergi ke destinasi.biarlah bayar mahal ckit pun.
kedua, jangan pandai2 letak air dkt dgn laptop, nnti rosak pulak..huhu
ke3,gunakan masa dari awal ulangkaji dan repeat mmbaca buku..agar lebih faham.
4.selesaikan masalh secepat mungkin.

Thursday, September 29, 2011

kenapa org yahudi bijak??jom selidik

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan
untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Thursday, August 11, 2011

alhamdullilah

alhamdullilahiRabilaAlamiin..itu sahaja kata2 yang boleh diungkapkan oleh bibirku yg kering dek kepanasan mentari bumi anbiaa ini.Sudah berminggu2 berbulan2 menunggu result final exam 2nd year..dgn rahmatnya aku mendapat apa yang dimahukan diri ini. Mula2 rasa ingin berterima kasih kepada keluarga dan rakan2 yang banyak membantu dan berterima kasih kepada Diri Sendiri kerana sudi mengerjakan sesuatu yang aku sendiri rasakan tidak mampu.nukilan ini juga daripada hasil keras jarijemari yang bekerjasama melaksanakannya sehingga tertimbul perkataan2 ini.Usah dilayan ayat terdahulu kemungkinan aku letih sehari2an.tapi letih yang dapat membuahkan hasil itulah yang paling manis antara semua.kemungkinan ada diantara kita yang tidak perasan meniru dalam peperiksaan dan mendapatkan markah cemerlang,tapi apa yang hilang disitu ialah kamanisan berjya dengan apa yang diusahakan,ditawakkalkan bulat2 kepada yang  Maha Kuasa,Maha memberi,Maha kaya,Maha segala2nya..Dia yang punya.fikiranku sekarang adlah untuk pulang ke Tanah Malaya yang telah ditinggalkan setahun jagung lama.x terkata kegembiraan ini.keriangan ini dihati tatkala ini.Mungkin sahaja ada yang sudah terbiasa pulang,tapi bgku kali ini aku pulang dgn kejayaan ditangan,bukan dengan tangan kosong.n3 kali ini agak panjang memandangkan rasa nak tulis itu kuat membuak2 bak air yang sedang menggelegak diatas dapur,kemungkinan ada adrenaline rush..sape tahu benda yang x nampak.

Thursday, August 4, 2011

Letter to Allah.





Dear Allah,
I don't know of all the challenges my friends are facing,
but You know everything....

I see them smiling,
When in fact they're struggling...
People say first impression is everything,
That I keep judging,
When in fact it means nothing...
You know them better...
Even closer than themselves...

I hear their silence,
You hear their plead...
I see them laughing,
You see their tears....
I see when they give,
You see what has been taken away from them...
I see their appearance,
You see the scars in their souls....
I experience their faith,
You know their doubts....

So, please give them everything they need,
Bless them abundantly for all the times to come...

Tuesday, August 2, 2011

sujud syukur padaMu



alhamdullilah aku rasa lega...ya..lega daripada segala urusan duniawi..segala itu dah x penting bagiku..aku rasa sudah melintas suatu jambatan yang panjang perjalannnya satu tahun perjalanan..dan aku berjaya melintasnya dengan cubaan ketiga..harap2 lain kali aku tidak lagi leka dengan anugerah Sang Pengcipta..moga2 ianya berkekalan dalam diriku..aku akan menyelesaikan sedikitlagi tugas di perantauan ini.Habis semuanya akan diselesaikan apabila Ianya telah ditetapkan..kesulitan itu hanyalah pembuka kepada kejyaan yang lebih.Dengan ini, kepala aku rasa sedikit ringan daripada beban,,ya beban duniawi ini...aku akan teruskan perjuangan ini dengan/tanpa si dia disisiku..kerana telah 20 taun lebih aku bersendirian.tapi aku sebenarnya tidak bersendirian kerana ada Nya yang maha Esa,Pemberi nikmat yang tidak pernah putus, Pengadil yang Saksama, dan Maha Mengetahui disebalik sesuatu hambaNya tidak tahu.Aku akan teruskan perjalanan ini dengan bersemangat waja, ya itulah anak jati melayu yang mendambakan ilmu dan ingin menawan sesuatu yang mustahil pada kaca mata manusia. Aku ingin mendoakan kejayaan rakan2 yang lain yg tidak berjaya kali pertama.."dont ever let ur emotion cloud ur judgement"..kejayaan akan datang kepada yang berusaha tanpa henti dan berserah padaNya Bulat2..insyaAllah khair.